Kelas Asas ICT dan E-Learning

5 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 04 September 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT dan E-Learning yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar yang terdiri daripada 3 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas ICT dan Microsoft Office. Selain itu, peserta juga dibimbing untuk membuat latihan membina objek menggunakan bentuk di dalam Microsoft Word dan PowerPoint. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali