Kelas Asas Internet dan e-Learning

7 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Internet dan e-Learning yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah. Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas internet dan cara menggunakan internet secara berhemah.

Peserta juga didedahkan risiko sekiranya internet disalahguna. Selain itu, peserta juga diberikan kuiz secara atas talian untuk menguji tahap pemahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali