Kelas Asas Komputer dan E-Learning
19 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan E-Learning yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar yang terdiri daripada 4 orang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan.
Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas komputer dan asas menaip. Para peserta dibimbing mengenal komponen komputer dan fungsinya serta diberi latihan menaip. Kelas diakhiri dengan sesi kuiz Kahoot untuk menguji tahap pemahaman peserta dengan apa yang telah dipelajari. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: