Kelas Asas Multimedia dan e-Learning

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Multimedia dan e-Learning yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang pelajar lelaki.

Sepanjang kelas diadakan, para peserta didedahkan dengan penggunaan ilustrasi dalam Microsoft PowerPoint. Peserta juga diberikan latihan bagi memudahkan mereka memahami apa yang telah dipelajari. Diharap para peserta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebaiknya pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali