Kelas Asas Multimedia dan e-Learning

26 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Oktober 2020, Ahad, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Multimedia yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang pelajar lelaki. Sepanjang kelas diadakan, para peserta didedahkan dengan penggunaan kamera digital. Peserta juga diberikan latihan bagi memudahkan mereka memahami apa yang telah dipelajari. Diharap para peserta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebaiknya pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali