Kumpulan 3 - Kelas Basic ICT & Keyboarding

24 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2020 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan 3 yang bermula hari ini dengan Kelas Basoc ICT & Keyboarding berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Asas Komputer dan kemahiran komputer. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 3 orang peserta perempuan yang hadir. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan 3 yang berminat menghadiri Kursus Komputer diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.

Pada kelas petang ini, kami mendedahkan kepada mereka tentang Asas Komputer bermula dengan Apa itu Komputer, komponen komputer, Sistem Operasi, Jenis-jenis OS pada platform, Windows 10, Windows Explorer, Membina Folder, Cut & Paste – Delete & Rename dan seterusnya mengenali Papan Kekunci (Keyboard) serta fungsinya. Seterusnya peserta diberi latihan menaip bagi melatih kelancaran mereka dalam menaip. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka mengenai Komputer. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali