Mesyuarat Menarik Di Sibu

8 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Jun 2020 yang lepas, Staf Pusat Internet di bawah Kluster Menarik Di Sibu telah mengadakan satu mesyuarat atas talian melalui aplikasi Whatsapp (panggilan video) bagi membincangkan perancangan dan arah tuju Menarik Di Sibu untuk tahun 2020. Antara yang telah menyertai mesyuarat atas talian ini adalah staf dari Pusat Internet Sibujaya, Bawang Assan, Kg. Bandong, Rantau Panjang, Seduan Rantau Panjang dan Tamin.

Antara isu-isu yang dibincangkan sepanjang mesyuarat tersebut adalah perancangan dan hala tuju projek Menarik D di bawah Kluster Sibu, peranan staf dalam pengendalian page Facebook Menarik. Di Sibu, aspek kewangan kluster dan rancangan aktiviti Menarik Di Sibu yang akan datang. Perbincangan melalui video ini berjalan dengan lancar dan diharap apa yang telah dibincangkan memudahkan lagi perjalanan program Menarik Di Sibu itu nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali