Lawatan Mesra Menteri Komunikasi dan Multimedia ke Pusat Internet Rantau Panjang
16 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2020, Selasa, Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia telah membuat lawatan mesra ke Pusat Internet(PI) Rantau Panjang Sibu, Sarawak bermula pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Turut menyertai lawatan tersebut adalah Yang Berusaha Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Yang Berbahagia Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai Operasi, SKMM dan Encik Adiman Ajem, Pengarah SKMM Negeri Sarawak.
Lawatan dimulakan dengan sesi beramah mesra dengan usahawan dan pameran produk-produk keluaran usahawan PI seperti produk kraftangan manik, kelapa parut dan Monster Burger. Seterusnya, lawatan diteruskan dengan sesi perkongsian tentang Pusat Internet oleh pengurus PI. Lawatan diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar. Kunjungan ini amat bermakna buat komuniti Rantau Panjang khususnya buat Pusat Internet Rantau Panjang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: