Kumpulan I - Kelas Microsoft Office (Mic. Powerpoint) & Advokasi (Penipuan Kewangan)
6 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari 2020 (Rabu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan I - Kelas Microsoft Office (Mic. Powerpoint) & Advokasi (Penipuan Kewangan) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Penipuan Kewangan) dan kemahiran dalam Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 5 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan I yang menghadiri Kursus Komputer yang diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.
Pada kelas ini, peserta dikongsikan tentang Advokasi berkenaan topik Penipuan Kewangan. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Penipuan Kewangan, jenis-jenis penipuan, contoh-contoh penipuan serta bagaimana mengelak dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan yang sedang berleluasa masa kini. Kemudian kelas disambung dengan Kelas Microsoft Powerpoint. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: