Kumpulan I - Kelas Mic. Office (Mic. Word) & Advokasi (Penipuan Kewangan)

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan I - Kelas Microsoft Office (Mic. Word) & Advokasi (Penipuan Kewangan) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Penipuan Kewangan dan kemahiran dalam Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 5 orang peserta yang hadir iaitu semua peserta perempuan.

Pada kelas ini, Kumpulan I belajar tentang INSERT dimana penggunaan Pages / Table / Ilustration / Header & Footer / Teks / Symbols. Manakala DESIGN & PAGE LAYOUT pula tentang Page Background & Page Set Up. Kelas ini akan bersambung pada 31 Januari 2020 pada masa yang sama bagi menyambung Kursus Komputer mereka, Pemerhatian daripada kelas tersebut didapati ada peserta yang kurang mahir terdapat juga peserta memahami apa yang dikongsikan pada kelas tersebut. PI Rantau Panjang & Kg. Bandong berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam penggunaan ICT mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali