Kelas ICT (Asas Microsoft Office)

15 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT (Asas Microsoft Office) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang belia yang terdiri daripada 2 orang perempuan.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari cara membuat slaid perbentangan dan memasukkan animasi dan transisi dalam slaid. Selain itu, peserta juga dibimbing untuk membuat ulangkaji bagi Microsoft Word. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali