Kelas ICT (Penilaian Microsoft Office)

18 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2020, Isnin, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT (Penilaian Microsoft Office) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang dewasa iaitu 2 orang perempuan.

Penilaian ini merupakan sambungan kepada penilaian hari sebelumnya di mana peserta diberi penambahan masa untuk menyiapkan penilaian membuat risalah dan slaid perbentangan. Hasil pemerhatian daripada sesi penilaian tersebut, para peserta dapat menyiapkan penilaian dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali