Kumpulan II (b) - Kelas Microsoft Office (Penilaian) & Advokasi
23 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan II (b) - Kelas Microsoft Office (Penilian) & Advokasi (#KDB) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (#KDB) dan kemahiran dalam Microsoft Office. Kelas ini diadakan selama 6 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari untuk sesi pagi dan dari jam 2 hingga 5 petang untuk sesi petang. Seramai 3 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan II (b) yang menghadiri Kursus Komputer diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.
Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik #KDB. Pada sesi ini, peserta-peserta ditayangkan dengan video. Kemudian diterangkan ulasan ringkas dari Advokasi yang diperkongsikan sepanjang Kursus Komputer sepanjang 6 sesi. Disamping Kursus Komputer diselitkan juga Advokasi dalam setiap kelas sepanjang 6 sesi Kursus Komputer ini. Kelas kali ini merupakan kelas Penilian bagi Kumpulan II (b) ini dan merupakan kelas terakhir mereka.
Seramai 3 orang peserta yang hadir ini dapat menyiapkan tugasan Penilian yang diberikan. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami Advokasi yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menguasai Kursus Komputer - Microsoft Office. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: