Kelas Advokasi (Permainan Dalam Talian, e-Waste dan Check Label Anda)

7 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas (Permainan Dalam Talian, e-Waste dan Check Label Anda) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Permainan Dalam Talian, e-Waste dan Check Label Anda. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 6 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah.

Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Permainan Dalam Talian, e-Waste dan Check Label Anda. Bagi Permainan Dalam Talian peserta-peserta didedahkan jenis-jenis permainan dalam talian, Bahayanya serta Tip mengelak daripada ketagihan Permainan Dalam Talian. Manakala e-Waste diterangkan tentang apakah dan bagaimana e-Waste serta kepentingan e-Waste. Untuk Check Label Anda dikongsikan apakah perlu menyemak Label pada alat elektronik, Cara untuk menyemak label dan kenapa perlu label penting pada alat elektronik. Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz diadakan bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut.

Impikasi daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi ini. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.

#KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali