Kelas Website (Online News) & Advokasi (Overshare & Maklumat Palsu)
12 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Website (Online News) & Advokasi (Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian – Overshare & Maklumat Palsu) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Overshare dan Maklumat Palsu) dan Website (Online News). Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 4 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Website (Online News) 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini, 2 tajuk diperkongsikan iaitu Overshare dan Maklumat Palsu. Untuk Overshare diperkongsikan berkenaan Apa itu Oversharing, 7 risiko sekiranya ‘overshare’ , bagaimana dan akibat Overshare serta langkah-langkah menangani sikap ‘overshare’. Manakala untuk Maklumat Palsu pula, terangkan apakah Maklumat Palsu, jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengetahuan, kemudaratanya dan bagaimana memastikan kesahihan maklumat tersebut. Setelah itu, setiap peserta disoal bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka berkenaan tajuk pada petang tersebut.
Seterusnya dalam Kelas Website (Online News) pula, peserta – peserta diajak untuk menjelajah Berita Dalam Talian (Online News) bermula dengan Berita Dalam Talian Tempatan iaitu Utusan Sarawak dan Borneo Post hinggalah ke Berita Dalam Talian Berita Harian. Didapati hanya 20% peserta yang mengetahui tentanh Berita Dalam Talian ini. Walau apa pun, dengan perkongsian dan perdedahan ini diharapkan boleh membantu peserta-peserta dalam mempelopori berita dalam dan luar negara.
Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Website (Online News) peserta dapat menambah pengetahuan mereka tentang Berita Dalam Talian. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# KDB: TIADA JALAN MUDAH!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: