Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas) & Advokasi (Oversharing)
15 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas) & Advokasi (Oversharing) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Oversharing) dan Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas). Kelas ini diadakan selama 1 jam dari jam 4 hingga 5 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 3 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi dan Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas). Dalam kelas Advokasi, penerangan tentang Oversharing diperkongsikan iaitu berkenaan Apa itu Oversharing, 7 risiko sekiranya ‘overshare’ , bagaimana dan akibat Overshare serta langkah-langkah menangani sikap ‘overshare’. Manakala Kelas eLearning (Pendaftaran Portal eKelas), peserta-peserta melakukan Pendaftaran Portal eKelas pada petang itu. Peserta-peserta diberi peluang untuk menjelajah Portal eKelas. Rata-rata peserta eKelas teruja dengan eKelas mereka. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi dan teruja dengan eKelas mereka. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# KLIK DENGAN BIJAK
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: