Kumpulan II - Kelas Microsoft Office (Mic. Powerpoint) & Advokasi (Check Label Anda)

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Februari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan II - Kelas Microsoft Office (Mic. Powerpoint) & Advokasi (Check Label Anda) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Check Label Anda) dan kemahiran dalam Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 7 orang peserta perempuan.

Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan II yang menghadiri Kursus Komputer yang diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu. Pada kelas ini, peserta diterangkan tentang Advokasi - Check Label Anda. Untuk Check Label Anda dikongsikan apakah perlu menyemak Label pada alat elektronik, Cara untuk menyemak label dan kenapa perlu label penting pada alat elektronik. Kemudian kelas diteruskan dengan Asas Microsoft Powerpoint. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

# KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali