Kumpulan II (a) - Kelas ICT (Mic. Powerpoint & Internet) & Advokasi (Penipuan Kewangan)

13 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2020 (Rabu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan II (a) - Kelas Microsoft Office (Mic. Powerpoint) & Advokasi (Penipuan Kewangan) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Penipuan Kewangan) dan kemahiran dalam Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 8:30 hingga 11:30 pagi. Seramai 4 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan II (a) yang menghadiri Kursus Komputer diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.

Pada kelas ini, peserta dikongsikan tentang Advokasi berkenaan topik Penipuan Kewangan. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Penipuan Kewangan, jenis-jenis penipuan, contoh-contoh penipuan serta bagaimana mengelak dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan yang sedang berleluasa masa kini. Kemudian kelas disambung dengan Kelas Asas Microsoft Powerpoint & Internet. Untuk asas internet peserta diajar menggunakan Google Map, Youtube dan Google Chrome. Manakala Asas Microsoft Powerpoint belajar tentang Animasi dan Transition.

Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali