Kelas ICT (Asas Microsoft PowerPoint)

5 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT (Asas Microsoft Powerpoint) bagi kumpulan 4 yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada 2 orang perempuan dan 3 orang lelaki.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari cara membuat slaid perbentangan menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara menggunakan ilustrasi agar slaid menjadi lebih menarik. Kelas terhad kepada 5 orang peserta sahaja memandangkan perlu mematuhi penjarakan sosial dan mengamalkan norma baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali