Kelas ICT (Asas Microsoft PowerPoint)

6 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Julai 2020, Ahad, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT (Asas Microsoft Powerpoint) bagi kumpulan 4 yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada 2 orang perempuan dan 2 orang lelaki.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari cara membuat slaid perbentangan dan memasukkan animasi dan transisi dalam slaid. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara menyunting gambar dan membuat video menggunakan PowerPoint. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali