Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Keusahawanan

20 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jul 2020, Ahad, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Keusahawanan bagi Kumpulan 4 yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang usahawan iaitu 2 orang perempuan.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas penggunaan Microsoft PowerPoint untuk membuat slaid pembentangan tentang pengenalan produk jualan mereka. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam dunia keusahawanan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali