Kelas MS Power Point (Photo Editing)

5 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Januari 2020 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang bekerjasama dengan PI Kampung Bandong telah mengadakan Kelas MS Power Point (Photo Editing). Kelas ini telah berlansung selama 2 jam iaitu dari jam 2 hingga 4 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta iaitu 3 orang peserta lelaki dan 1 orang peserta perempuan. Peserta peserta yang menghadiri kelas ini kebanyakan nya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Objektif kelas diadakan adalah untuk menambahkan lagi tahap kemahiran peserta menggunakan MS Office (Power Point). Didalam kelas ini, peserta menggunakan Power Point untuk menyunting gambar atau edit photo. Peserta telah ditunjuk ajar dengan teliti oleh pelatih cara cara menyunting gambar dengan pelbagai gambar objek. Di akhir kelas ini, peserta ternyata sangat mengambil perhatian dalam mempelajari menyunting photo menggunakan MS Office Power Point. Banyak idea idea yang baru dan kreatif yang disunting oleh peserta dalam membuat gambar. Semoga kelas yang diadakan PI dapat memberi manfaat kepada penduduk komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali