Kelas Advokasi (Kawal Selia Kendiri & Peranan Ibu Bapa)

1 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Kawal Selia Kendiri & Peranan Ibubapa). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang perlunya Kawal Selia Kendiri & Peranan Ibubapa. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu peserta lelaki. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Pada sesi kelas pagi itu, PI Rantau Panjang mendedahkan Advokasi dibawah topik Kawal Selia Kendiri & Peranan Ibubapa dalam kehidupan anak-anak di dunia maya ini. Bagi Kawal Selia Kendiri diterangkan keperluannya kepada peserta. Selain itu, peserta juga didedakan beberapa kes yang berkaitan hingga memudaratkan dan tip-tip yang perlu dalam Kawal Selia Kendiri ini. Manakala untuk tajuk Peranan Ibu Bapa diterangkan tentang apakah peranan ibu bapa/penjaga dalam melahirkan warga digital yang hebat dengan membimbing anak-anak dalam talian yang betul, ambil tahu kegiatan anak-anak dalam talian, menyediakan anak-anak dengan keupayaan untuk bertindak dengan betul, menggalakan anak-anak dengan keupayaan untuk keupayaan internet, memasang perisian kawalan pada garjet anak-anak, meneroka bersama anak-anak dunia internet, berkomunikasi dengan anak-anak tentang dunia internet sama seperti saluran laporan dan akhir sekali, perlu adanya waktu tanpa internet bagi anak-anak.

Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut. Impikasi daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi ini. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.

#KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali