Kelas Softskills (Rantaian Tisu) & Advokasi (Keselamatan Komputer Sebenarnya.My)
14 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Softskills (Rantaian Tisu) & Advokasi (Keganasan Siber & Keselamatan Komputer) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Keselamatan Komputer Sebenarnya.My) serta Softskills (Rantaian Tisu). Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 8 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Softskills (Rantaian Tisu) sejam. Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Keselamatan Komputer. Peserta diterangkan Keselamatan Komputer iaitu Apa yang sepatutnya dilakukan bagi mengawasi Kanak-kanak dalam talian, 4 kepentingan untuk melindungi komputer, 9 jenis insiden komputer yang dilaporkan di Malaysia dan berkenaan dengan Malware. Bagi memastikan maklumat sahih & tetap diterangkan tentang Portal & Aplikasi Sebenarnya.My bagi menyemak kesahihan maklimat yang diterima seta melaporkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya.
Untuk Kelas Softskills (Rantaian Tisu), dimana peserta diberi 2 set tisu yang distapler. Dimana 3 kumpulan dengan 3 peserta perlu memegang tisu sebagai rantaian mereka. Peserta-peserta perlu melalui 3 fasa. Pada fasa 1: Peserta perlu memegang tisu sebagai rantaian tanpa tahu tujuannya. Pada fasa 2: Peserta menerima arahan tetapi tidak berhati-hati dan pada fasa 3: Peserta menerima arahan dan berhati-hati dengan tisu amanah dan berkerjasama agar rantaian tisu tidak putus. Peserta akhirnya faham bahawa tisu adalah barang amanah sebagai medium rantaian agar tidak putus dan rosak bagi medium rantaian mereka.
Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Softskills (Rantaian Tisu) peserta faham bahawa tisu adalah barang amanah sebagai medium rantaian agar tidak putus dan rosak bagi medium rantaian mereka. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: