Kelas Entreprenuer & Advokasi (Sexting dan Pengantunan Dalam Talian)
29 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2020 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Entreprenuer & Advokasi (Sexting dan Pengantunan Dalam Talian) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi (Sexting dan Pengantunan Dalam Talian) dan Entreprenuer. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 8 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Entreprenuer sejam. Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Sexting dan Pengantunan Dalam Talian iaitu tentang Takrifan Sexting, 4 jenis aktiviti penghantaran & penerimaan Sexting melalui pelbagai media sosial, kesan Sexting ke atas kanak-kanak dan tip pencegahan Manakala Pengantunan Dalam Talian penerangan tentang apa itu Pengantunan?, bagaimana ia berlaku, proses pengantunan oleh pemangsa, Panduan “SMART” dan pengawasan anak-anak dari berlakunya pengantunan ini.
Manakala untuk Kelas Entreprenuer, peserta-peserta diterangkan tentang Pengenalan Kepada Keusahawanan iaitu tentang definisi Peniaga dan Usahawan, definisi Keusahawanaan, perbezaan Peniaga dan Usahawan dan Ciri-ciri usahawan berjaya. Akhir kelas, sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Keusahawaan petang tersebut. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Entreprenuer peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam tentang Keusahawaan. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: