Kelas ICT (Asas Internet dan Tayang Perdana Merdeka)

23 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT (Asas Internet dan Tayang Perdana Merdeka) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan seorang perempuan.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas Internet dengan mencari maklumat sejarah negra di dalam internet iaitu perjuang perjuang merdeka. Selain itu, peserta juga ditayangkan movie bertemakan kemerdekaan iaitu Rosli Dhoby. Semoga peserta boleh mencari maklumat yang tepat dan sahih di internet dengan bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali