Latihan Asas Menaip dan E-Learning

16 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Latihan Asas Menaip dan E-Learning yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pengenalan kepada Asas ICT yang merangkumi menaip. Selain itu, peserta juga diberi latihan menaip menggunakan website menaip yang boleh menunjukkan ketepatan dan kelajuan mereka menaip. Diharap dengan adanya kelas ini, para peserta boleh mempraktikkan latihan yang didedahkan untuk kegunaan masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali