Kump. 3 - Kelas Basic ICT (Menaip) & Advokasi (e-Waste)
4 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mac 2020 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan 3 yang bermula hari ini dengan Kelas Basic ICT (Menaip) & Advokasi (e-Waste) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (e-Waste) dan kemahiran Menaip. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 5 orang peserta perempuan yang hadir dan teriri daripada wanita bekerja dan surirumah.
Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan 3 yang berminat menghadiri Kursus Komputer diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik e-Waste. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana e-Waste serta kepentingan e-Waste. Kemudian peserta-peserta diberi tugasan Menaip. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat meningkatkan kemahiran menaip dikalangan peserta. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: