Kelas Usahawan Digital

26 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Usahawan Digital yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang usahawan tempatan. Antara pengisian kelas adalah bimbingan membuat akaun Facebook. Usahawan dibimbing dengan cara mengendalikan halaman Facebook dan seterusnya mempromosikan produk jualan atas talian. Diharap apa yang dipelajari dapat membantu meluaskan lagi jaringan dan capaian pelanggan usahawan-usahawan tersebut seterusnya membantu mereka meningkatkan lagi hasil jualan produk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali