Kelas Asas Microsoft Word
24 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2020, Ahad, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang lelaki dewasa. Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas Microsoft Word. Peserta didedahkan dengan penggunaan jadual dan ilustrasi seperti bentuk, gambar dan smartArt. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan yang baik daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: