Kump. 3 - Kelas Microsoft Office (Mic. Word) & Advokasi (Sebenarnya.My)

16 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2020 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kursus Komputer Kumpulan 3 yang bermula hari ini dengan Kelas Microsoft Office (Mic. Word) & Advokasi (Sebenarnya.My) berkolaborasi dengan PI Kg. Bandong. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi (Sebenarnya.My) dan kemahiran Microsoft Office (Mic. Word). Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 5 orang peserta perempuan yang hadir dan teriri daripada wanita bekerja dan surirumah. Peserta yang hadir adalah dikalangan peserta-peserta Kumpulan 3 yang berminat menghadiri Kursus Komputer diiklankan oleh staff PI dalam FB PI masing-masing dan juga share post di FB Menarik Di Sibu.

Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Sebenarnya.My. Dimana bagi memastikan maklumat sahih & tetap diterangkan tentang Portal & Aplikasi Sebenarnya.My bagi menyemak kesahihan maklimat yang diterima seta melaporkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya. Pada kelas petang itu, peserta-peserta diberi tugasan Menaip. Kemudian menjelajah bahagian Font dan Paragraph. Impak daripada kelas tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dan peserta dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam Microsoft Word. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali