Kelas Asas Microsoft Office

8 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 November 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah. Antara pengisian kelas adalah memperkenalkan para pelajar dengan penggunaan Microsoft Word. Peserta juga diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali