Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word

14 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 November 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan.

Antara pengisian kelas adalah memperkenalkan peserta dengan asa komputer dan komponennya. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan Microsoft Word dan diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari. Diharap ilmu yang dipelajari bermanfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali