Kelas Asas Microsoft Word

14 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 November 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh dua orang peserta pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas adalah memperkenalkan peserta dengan asas Microsoft Word. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan nya dan diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari. Diharap ilmu yang dipelajari bermanfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali