Kelas Asas Microsoft Office

17 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2020, Isnin, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan. Antara pengisian kelas adalah mendedahkan peserta dengan penggunaan ilustrasi dan cara membuat risalah dengan menggunakan Microsoft Word. Peserta juga diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali