Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word

21 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2020, Jumaat, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas komputer dan komponennya. Peserta juga didedahkan dengan asas Microsoft Office dan diberikan latihan menaip untuk menguji tahap kefahaman tentang apa yang telah dipelajari. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali