Kelas ICT (Asas Microsoft Office)

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 05 September 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT (Asas Microsoft Office) yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang peserta perempuan. Antara pengisian kelas adalah mempelajari asas komputer dan Microsoft Word. Selain itu, peserta juga dibimbing untuk membuat latihan menaip bagi Microsoft Word. Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali