Kelas Asas Microsoft Word
11 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2021, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan PIK Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang lelaki dewasa.
Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan peranan dan fungsi Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Seterusnya, peserta dibimbing cara menggunakan Microsoft Word. Peserta juga diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah dipelajari. Kelas diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: