Kelas Advokasi dan E-Learning
17 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober 2021, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas e-Learning dan Advokasi yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di Bilik Latihan PIK Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah.
Antara pengisian kelas adalah mendedahkan peserta dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan fungsinya. Peserta juga didedahkan dengan cara penggunaan internet secara berhemah. Selain itu, kuiz juga diadakan melalui Kahoot IT untuk menguji tahap kefahaman tentang apa yang telah dipelajari.
Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: