Kelas Asas Microsoft PowerPoint

16 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2021, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Power Point yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan PIK Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang belia.

Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan peranan dan fungsi Microsoft PowerPoint. Seterusnya, peserta dibimbing cara menghasilkan slaid perbentangan serta memasukkan ilustrasi, animasi dan transisi dalam Microsoft PowerPoint. Peserta juga diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah dipelajari. Kelas diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali