Kelas Advokasi dan E-Learning

22 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Februari 2021, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advokasi dan E-Learning yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PIK Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah.

Antara pengisian kelas adalah mempelajari keselamatan siber dan advokasi. Peserta juga didedahkan kuiz melalui Kahoot IT untuk menguji tahap kefahaman tentang apa yang telah dipelajari.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali