Kelas Asas ICT

23 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2021, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft ICT yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:30 pagi bertempat di bilik latihan PIK Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang belia.

Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan cara mengedit bentuk dan menghasilkan video dan serta gambar dengan menggunakan PowerPoint. Selai itu, peserta juga dibimbing dengan cara membuat asas pengiraan menggunakan Microsoft Excel. Peserta juga diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman terhadap apa yang dipelajari. Akhir sekali, peserta menjawap penilaian bagi menguji sejauh mana tahap pemahaman mereka.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali