Kursus Latihan Pengendali Makanan secara Atas Talian

27 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2021, Jumaat, Pusat Internet Komuniti (PIK) Rantau Panjang dengan kerjasama NZ Bunga Consultant telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara Atas Talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Kursus ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Kursus terbahagi kepada empat seksyen iaitu pengenalan, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Disediakan juga selingan kuiz sebaik sahaja selesai setiap seksyen bagi menguji tahap pemahaman peserta terhadap apa yang telah dipelajari.

Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dengan baik pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali