Kempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong
30 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniKempen ‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia masih giat dijalankan. Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.
Terdapat lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara iaitu beringat bila bercakap, bijak menilai, bercakap benar, luahkan pendapat berdasarkan fakta dan beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian.
Kesemua garis panduan ini amat penting untuk dijadikan rujukan dan ikutan para netizen supaya kesan negatif penggunaan internet dapat dikurangkan. Kerjasama daripada netizen amat diperlukan seterusnya mendorong ke arah keberkesanan pelaksanaan kempen ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: