Kursus Latihan Pengendali Makanan secara Atas Talian
2 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2021, Isnin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara Atas Talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang peserta.
Kursus ini dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Kursus terbahagi kepada empat seksyen iaitu pengenalan, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Disediakan juga selingan kuiz sebaik sahaja selesai setiap seksyen bagi menguji tahap pemahaman peserta terhadap apa yang telah dipelajari.
Diharap apa yang dipelajari dapat diaplikasikan dengan baik pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: