Program MIVO 2021: Sembang Santai Sesi 5
8 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2021, Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengadakan Sesi Sembang Santai bersama sukarelawan Malaysia ICT Volunteer (MIV) 2021 secara atas talian melalui aplikasi ZOOM.
Sembang santai bermula pada pukul 10.00 am sehingga pukul 10.45 pagi. Sesi ini memberi peluang kepada sukarelawan berkongsi pendapat dan cadangan bagi menambah baik pelaksanaan program. Sesi sembang santai ini dimulai dengan sesi memperkenalkan diri 10 orang sukarelawan yang terlibat dalam sesi 5.
Setelah itu, perkongsian mengenai pelaksanaan program dan penyediaan laporan selepas program juga dibincangkan. Sesi sembang santai ini secara langsung dapat membantu sukarelawan memahami tanggungjawap, tugas dan apa yang perlu dilakukan sebagai sukarelawan MIV.
Diharap program sebegini akan terus dikekalkan seterusnya dapat membantu komuniti terutamanya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti harian mengikut norma baharu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: