Kelas Asas Multimedia dan Microsoft PowerPoint

9 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Januari 2021, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Multimedia dan Microsoft PowerPoint yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah.

Antara pengisian kelas adalah memperkenalkan para pelajar dengan penggunaan ilustrasi dalam Microsoft PowerPoint. Peserta juga diberikan latihan membuat poster bertemakan Covid-19.

Diharap dengan adanya kelas seperti ini dapat memupuk kesedaran pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan diri dalam kalangan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali