Kelas Asas Komputer & Microsoft Word

10 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Dis 2021, Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer & Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:30 pagi sehingga 10:30 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang belia.

Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan peranan dan fungsi komputer. Seterusnya, peserta dibimbing cara menaip menggunakan Microsoft Word dengan arahan yang telah diberi. Peserta juga diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah dipelajari. Kelas diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali