Kelas Asas Microsoft PowerPoint

9 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Mei 2021, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPointyang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PIK Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang pelajar.

Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan peranan dan fungsi Microsoft PowerPoint. Seterusnya, peserta dibimbing cara menggunakan Microsoft PowerPoint. Peserta juga diberikan latihan untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah dipelajari. Kelas diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali