Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Multimedia

10 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Mei 2021, Sabtu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint yang bermula dari pukul 1:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan PIK Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang pelajar.

Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan peranan dan fungsi Microsoft PowerPoint. Seterusnya, peserta dibimbing membuat poster menggunakan Microsoft PowerPoint. Kelas diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali